eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Lakonan Nadhir Nasa

 

Kelas tahanan Cikgu Hiragi
Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi adaptasi daripada sebuah drama jepun "Mr.Hiirag's Homeroom" karya Shogo Muto terbitan dari Nippon TV.Sebuah drama yang diarahkan oleh Micheal Ang yang menampilkan pelakon seperti Nadhir Nasar,Qistina Rania,Arena Wan,Evertts Gomes,Erysha Emyra dan ramai lagi.

Drama ini bakal bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza 25 September 2024,jam 9 Malam di Astro Ria(104),On Demand Astro GO Dan Sooka.

Judul:Kelas Tahanan Cikgu Hiragi #kelastahanancikguhiragi
Episod Penuh :1-20
Tayangan pada:25 September 2024
Waktu Disiarkan :Rabu-Khamis ,9:00 malam
Rangkaian :Astro Ria/Astro Go/Sooka
Arahan: Michael Ang
Produksi:Julita VIden Sdn Bhd

Wakta Dan Pelakon

Nadhir Nasar sebagai Cikgu Hiragi
Arena Wan Sebagai Sofia
Qistina Rania sebagai Reena
Evertts Gomes sebagai Ashraf
Arabella Ellen sebagai Alisya
Cahaya Nilam sebagai Liyana
Erysha Emyra sebagai Aisyah
Elyshia Abegail sebagai Icha
Aiman Ameer sebagai Kerol Malik
Nurel Baharin sebagai Melissa
Razin Qidran Sebagai Irwan
Alvy Joanna sebagai Siew May
Cora Waybin sebagai Jessica
Azqa Aziz sebagai Sarah
Kecik sebagai Pendek
Baihaqi Majid sebagai Ammar
Kim Azzim sebagai Mizi
Aizat Saha sebagai Awie
Rasyidin sebagai Adam
Syafiq Irfan sebagai Rizal
Hakim Khan sebagai Kamal
Aiman Shah sebagai Yusry
Riz Aiman sebagai Cikgu Syed
Syamim Roslan sebagai Cikgu Safwan
Amira Rafik sebagai Cikgu Nora
Azlan Komeng sebagai Inspektor Rashid
Erry Putra sebagai Nasir
Kahoe Hon sebagai Chi Siang
Royce Iqram sebagai Pojey

Sinopsis Penuh Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Cikgu Hiragi ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun.

Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi.

Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu.

Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku.

Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.

cikgu hiragi