eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Calar Cinta Lakonan Harissa Adlynn,Nafiz Muaz

 

Drama Calar Cinta
Drama Calar Cinta

Nantikan drama bersiri Calar Cinta akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula pada 9 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam, atau anda juga boleh strim di Tonton.

Drama terbitan Million Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Azhar Khalid dan skrip oleh Amaz Mazilan. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Harissa Adlynn dan Qistina Khaled.

Judul : Calar Cinta #calarcinta
Tonto Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 9 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Amaz Mazilan
Pengarah: Azhar Khalid (Apache)
Produksi: Million Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Harissa Adlynn sebagai Adrea
Qistina Khaled sebagai Inara
Nafiz Muaz sebagai Haris
Sham Visa sebagai Dr Zarif
Acong Sweetchild sebagai Faris
Nadia Kesuma sebagai Halimah
Putri Darwisyah sebagai Iris
Rahim Omar sebagai Pak Wahid
Carissa Azhar sebagai Helena
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato Amril
Zuliana Ernie sebagai Datin Reha
Nor Intan Suria sebagai Zaimah
Anita Wahab sebagai Umi
Saiful Arzuan sebagai Ayah
Wan Gegau sebagai Rahul
Adriana Doshi sebagai Fifi
Nizam Kama sebagai Peguam

Lagu Tema (OST)
Lagu: Senja Ku Rindu
Penyanyi: Qistina Khaled

Sinopsis Calar Cinta
Adrea (Harissa Adlynn) hidup dalam kemewahan sebagai anak tunggal yang manja dan tidak pernah ditolak kehendaknya.

Namun, di sebalik segala yang dimiliki, Adrea terperangkap dalam sifat cemburu dan tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya.

Persahabatannya dengan Inara (Qistina Khaled) dan Haris (Nafiz Muaz) membawa konflik apabila Haris mencintai Adrea, tetapi Adrea hanya berpura-pura menyukai Haris demi menyingkirkan Inara.

Walaupun mereka telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak, perkahwinan itu gagal kerana tiada keserasian, dan Adrea hanya menggunakannya untuk menyakiti Inara.