eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Senyawa

 

Drama Senyawa
Drama Senyawa

Drama bersiri terbaharu di platform penstriman popular Asia, iQIYI berjudul ‘SENYAWA’ bakal menemui penonton pada 25 Oktober ini. Drama arahan Eyra Rahman ini mengetengahkan isu tabu yang jarang diperkatakan, iaitu perihal ‘ibu tumpang’ dalam kalangan umat Islam. Drama Senyawa dibarisi pelakon seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Nina Juren dan ramai lagi.

Saksikan drama ‘Senyawa’ yang akan mula bersiaran pada 25 Oktober 2024, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam di iQIYI. Layari www.iq.com atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store.

Judul : Senyawa #senyawa
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Digital: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Syarifah Zabrina
Siti Hariesa sebagai Lutfiyah
Shahz Jaszle sebagai Iskandar
Nina Juren sebagai Dato' Asmida
Liang Chia sebagai Eric
Aleza Shadan sebagai Datin Sharifah
Amirah Razak sebagai Maya
Haeriyanto Hassan sebagai Lukman
Hanna Ercaa sebagai Syaza
Atira Karma sebagai Nia
Nasz Sally sebagai Ibu Kartini
Nuremy Ramli sebagai Doktok

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Lirik: Senna
Komposer: Senna & Ajin

Sinopsis Senyawa
Mengisahkan tentang Zabrina (Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan hidup dalam kebahagiaan bersama suaminya, Iskandar (Shahz Jaszle). Namun, di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik.

Setelah mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’, Zabrina tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (Datin Nina Juren) yang menginginkan cucu.

Tidak sanggup dimadukan, Zabrina nekad untuk mendapatkan ibu tumpang. Pertemuan dengan Lutfiyah (Siti Hariesa), seorang gadis kampung yang berperwatakan seakan dirinya, membuatkan Zabrina merasakan Lutfiyah adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu tumpang. Bagaimanakah kesudahan kisah pengorbanan terlarang ini?