Nantikan drama bersiri Dhia Kasyrani adaptasi daripada novel Adanya Dhia karya Sophilea bakal menghiasi slot Akasia TV3. Drama terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan gandingan Ben Amir dan Rita Nadira. Saksikan Dhia Kasyrani bermula 22 November 2024 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 atau boleh distrim di iQIYI sejam selepas tayangan.
Judul; Dhia Kasyrani #dhiakasyrani
Tonton Full Episod:1- 24
Tarikh Tayangan: 22 November 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea, Azilah Wahab
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Mursyid
Rita Nadira sebagai Dhia Kasyrani
Reen Rahim sebagai Kak Long
Aida Khalida sebagai Nek Zahrah
Wanie Ooi sebagai Sabrina
Zaidi Omar sebagai Dato’ Harris
Rahim Jailani sebagai Farhad
Ferth Jasni sebagai Ustaz Danial
Jihaa Sham sebagai Farhani
Muhsin Nadzli sebagai Faizul
Lela Kadir
Wawa Azuwar
Eddy Syamin
Sinopsis Dhia Kasyrani
Mengisahkan Dhia (Rita Nadira), seorang wanita muda yang cekal selepas kehilangan kedua ibu bapanya. Sebagai pewaris Angsana Corporation, Dhia sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya dan memiliki personaliti yang tegas. Namun, hidupnya menjadi rumit apabila Dato’ Harris (Zaidi Omar), Ayah Su Dhia, mencabar untuk menyatukan Dhia dengan Mursyid (Ben Amir), seorang lelaki sederhana yang berbeza daripadanya dalam segala aspek.
Dhia dan Mursyid terkenal sebagai dua insan yang tidak pernah sehaluan, sering bertelagah dan langsung tidak serasi. Perbezaan ini menjadi lebih ketara apabila perkahwinan mereka berlaku atas paksaan keluarga. Persoalannya, bolehkah sebuah ikatan yang bermula tanpa cinta bertahan, atau adakah ia hanya mencipta lebih banyak luka dan konflik?
Perjalanan Dhia dan Mursyid bukan sekadar tentang bertolak ansur, tetapi juga tentang menghadapi cabaran yang menguji kekuatan hati. Dhia, yang dianggap sombong dan lemah oleh Mursyid, menerima cabaran untuk tinggal di kampung dan membuktikan ketabahannya.
Namun, segala-galanya tidak semudah yang disangka. Kak Long Mursyid dan sepupunya, Sabrina, tidak setuju dengan perkahwinan ini dan sentiasa mencari peluang untuk menyingkirkan Dhia. Walaupun begitu, Dhia menunjukkan keberanian dan kecekalan yang tidak terjangka. Dia tidak membiarkan kata-kata orang melemahkan semangatnya, malah perlahan-lahan mengubah persepsi orang sekeliling, termasuk Mursyid sendiri.
Hari demi hari, ketika cinta mula berputik di antara Dhia dan Mursyid, ujian baharu pula muncul. Adakah mereka mampu bertahan dalam ikatan perkahwinan yang dipenuhi konflik? Apakah rahsia keluarga yang bakal terbongkar dan mengubah segala-galanya?
Sinopsis Novel Adanya Dhia
Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia, dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah cukup matang berdiri sendiri selepas kematian ibu bapanya.
“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara Nadhia. “Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau kecantikan kau, Dhia.”-Mursyid.
Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada bapa saudara yang menjaganya buatkan hati Nadhia memberontak. “Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi isteri aku.” Ugut Mursyid. “Kau ingat aku takut dengan kau.”
Saat selepas perkahwinan, bila Mursyid membawa Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di satu sudut alam yang mendamaikan hati, Nadhia mula berubah. “Tempat ni cantik Dhia, sebab tu aku tak mahu berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi lebih indah.”
Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai glasier. “Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling sempurna.” "Aku sayang kau Dhia." Lafaz Mursyid dalam satu pelukan. Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu, saat jiwa dan hati mereka menyatu, cinta itu tetap ada dugaannya. Tetap sahaja ada rintangannya. Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik kita selamanya.