![]() |
11 Cinta Sebelum Kamu |
Saksikan Unifi TV Original: 11 Cinta Sebelum Kamu, telefilem komedi romantik lakonan Fattah Amin dan Liyana Jasmay akan disiarkan di Sensasi, Saluran 116 di Unifi TV. Anda juga boleh strim melalui aplikasi Unifi TV.
Judul : 11 Cinta Sebelum Kamu #11cintasebelumkamu
Waktu Siaran: Sabtu, 15 Februari 2025, 9:00 malam
Rangkaian: Unifi TV (Sensasi saluran 116)
Pengarah: Ares Bahar
Produksi: ST Media Sdn Bhd
Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Ray
Liyana Jasmay sebagai Aisha
Maisara
Maria Farida
Atoi Tohet
Nita Gunawan
Elizabeth Tan
Afifah Nasir
Ahirine Ahirudin
Miss Alvy
Shaza Bae
Nesa Idrus
Sinopsis 11 Cinta Sebelum Kamu
Ray, selepas melamar Khadeja, Ray bertemu bakal ibu mentuanya, Dato' Shikin, seorang ibu tunggal dan peguam terkenal. Tanpa mengetahui latar belakang keluarga Khadeja, Ray mendapati bahawa Dato' Shikin telah menyelidik kehidupan masa lalunya yang 'nakal’.
Demi mendapatkan restu bagi mengahwini Khadeja, Dato’ Shikin telah menetapkan satu syarat, Ray perlu berdepan dan meminta maaf kepada kesemua 11 bekas teman wanitanya, merakam setiap kemaafan yang diberikan kepada Ray, dan menghantarnya kepada Dato' Shikin dalam tempoh 30 hari.