eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Manuskrip Cinta Ayaana Lakonan Reen Rahim,Zaki Azeman

 

Drama Manuskrip Cinta Ayaana
Drama Manuskrip Cinta Ayaana

Nantikan drama romantik komedi 'Manuskrip Cinta Ayaana' diadaptasi daripada novel karya Khairul Aswad Ramli akan ditayangkan di TV Okey bermula 10 Februari 2025. Drama bersiri arahan Ayu Habib menampilkan Reen Rahim dan Zaki Azeman sebagai pelakon utama. Drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam.

Judul : Manuskrip Cinta Ayaana #manuskripcintaayaana
Tonton Full Episod: 1-26
Tarikh Tayangan: 10 Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Ayu Habib
Pengarah: Ayu Habib
Produksi: Tekun Resmi Sdn Bhd

Watak Pelakon
Reen Rahim sebagai Ayaana
Zaki Azeman sebagai Ameer
Lia Natalia sebagai Noreen
Meor Mohd sebagai Zailan
Amanda Misbun sebagai Faridah
Omar Abdullah sebagai Haji Zaman
Mustaqim Bahadon
Mimi Ernida
Syuhaida Abraz
Kazar

Sinopsis Manuskrip Cinta Ayaana
Naara Ayaana yang femenis dan lantang dengan slogan ‘girl power’nya lantaran dibayangi kehidupan silamnya yang mempunyai seorang ayah yang tak berguna, terdesak untuk menulis sebuah novel cinta. Namun kehadiran seorang pelajar intern di Ayaana Publication bernama Ameer Hakimi merubah segalanya.

Sikap Ameer yang lurus bendul dan gemar mengusik, memikat hati Ayaana untuk mempergunakan lelaki itu bagi kepentingan peribadinya. Ameer diupah dengan sejumlah wang yang besar yang tak mampu ditolak oleh lelaki itu untuk menjadi kekasih gelapnya selama sebulan demi menyiapkan sebuah manuskrip novel cinta.

Namun bila tempoh sebulan itu hampir berakhir, Ayaana mula sedar yang hatinya mula terpaut dengan kebaikkan Ameer dan keluarga lelaki itu yang tulus menerimanya.

Mampukah Naara Ayaana memecahkan tembok keegoaannya dan menyatakan perasaannya kepada Ameer sebelum segalanya terlewat?