eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Sekam Di Dada Lakonan Amyra Rosli,Adi Putra

 

Drama Sekam Di Dada
Drama Sekam Di Dada
Nantikan drama bersiri 'Sekam Di Dada' terbitan Saphire Screen Sdn Bhd akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 pada bulan ramadan nanti. Diarahkan oleh Zamri Zakaria dan membariskan pelakon seperti Amyra Rosli, Josiah Hogan, Auni Yusri, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

Judul : Sekam Di Dada #sekamdidada
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: Ramadan 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Wan Mahani
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Amyra Rosli sebagai Orkid
Auni Yusri sebagai Sara
Qistina Khaled sebagai Noreen
Apich Lo sebagai Nazman
Josiah Hogan sebagai Arif
Puteri Sarah Liyana sebagai Rozie
Nadia Brian sebagai Suri
Izuan Razali sebagai Rizal
Ieda Moin sebagai Munah
Syazuwan Hassan sebagai Hisham
Adi Putra
Arash Mohd
Firdaus Ghufran


Sinopsis Sekam Di Dada
Kisah Seorang Isteri Terperangkap Dalam Hubungan Narsistik!

Dalam diam, dia menyimpan luka. Dalam duka, dia menanggung derita. Sekam Di Dada mengajak penonton menyelami jiwa Orkid, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta dan terkurung dalam bara amarah yang membakar perlahan-lahan.

Tidak semua cinta itu indah, dan tidak semua mahligai membawa kebahagiaan. Ketika kesengsaraan menggantikan kasih sayang, ketika marah dan rintihan menjadi bahasa cinta, apa lagi yang tinggal buat dirinya? Bersedialah untuk merasai derita yang menikam kalbu!

Sekam Di Dada mengupas hidup Orkid (Amyra Rosli), seorang guru mengaji yang tiba-tiba menuntut cerai setelah suaminya, Nasir (Dato’ Adi Putra), jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang. Namun, keputusan Orkid mencetuskan kemarahan bukan hanya buat Nasir, tetapi juga anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri), yang bergelut dengan perasaan tidak percaya.

Ketegangan memuncak apabila Nazman berasa dikhianati oleh ibunya sendiri, menyifatkan ibunya sebagaikejam, curang, dan bermacam-macam lagi, hanya kerana dia mempercayai kata-kata ayahnya. Sementaraitu, isterinya, Noreen (Qistina Khaled) dan Sara memilih untuk tidak terburu-buru menghukum. Merekapercaya, seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab, dan Orkid berhak diberi ruang untuk menjelaskan dirinya.

Namun, segalanya bertambah perit apabila impian Orkid untuk menyambung pelajaran sampai kepengetahuan Nazman. Dia malah mentertawakan ibunya, memperlekeh cita-citanya, dan menegaskanbahawa satu-satunya impian yang layak dimiliki Orkid ialah memenuhi tanggungjawab terhadap suaminya.

Luka di dalam hati Orkid semakin parah, membuatkannya memilih untuk menghilangkan diri.Hari silih berganti, Nazman, Noreen, dan Sara terpaksa bergilir menjaga ayah mereka yang semakin sukar dikawal, sering mengamuk, cerewet, dan mendesak kepulangan Orkid. Orkid akhirnya kembali setelahdipaksa, namun niatnya dipersoal.

Dia sebaliknya merayu kepada Nasir untuk berpisah secara baiksebelum segalanya terbongkar, tetapi Nasir tetap berkeras. Keadaan semakin kacau apabila Arif (JosiahHogan), kekasih lama Orkid, muncul dengan agenda tersembunyi, ditambah pula dengan Rozi (PuteriSarah Liyana), isterinya, yang tidak mahu kalah.

Dalam sangkar penuh duri, dicerca oleh darah daging sendiri, sekuat manakah Orkid mampu bertahan?